Terokai Sarawak

Sarawak bukan sahaja kaya dengan warisan adat budaya tetapi juga warisan flora dan fauna yang masih terjaga rapi sehingga kini. Peminat alam semulajadi terutamanya akan mendapati Sarawak mempunyai banyak tempat menarik untuk diterokai. Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah mendaki gunung, meredah hutan, berakit di sungai, berkhemah di tepi pantai, merasai kehidupan di rumah panjang, dan mencuba pelbagai masakan etnik tempatan yang berasaskan hasil alam semulajadi seperti sayur midin dan ulat sagu.

Bagi kebanyakan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak merupakan sebuah negeri yang memberikan mereka pengalaman yang berbeza dari tempat asal mereka bukan sahaja melalui perpaduan yang terserlah antara pelbagai etnik tetapi juga cara hidup yang berbeza. Di sini kami paparkan tiga aktiviti kembara pelajar UNIMAS di mana mereka berpeluang mendaki Bung Jagoi, berakit di Annah Rais, dan merasai sendiri umai dan ulat sagu di Mukah.


Berakit di Annah Rais

Mendaki di Bung Jagoi

Ceritera di Mukah