Home

Taman Negara Bako

Menyeberang ke Pulau Bako dan rasai keseronokan mendaki ke air terjun Bako! Jejaki laluan di Pulau Bako sambil berinteraksi dengan Kera Bekantan dan Babi Berjangut. Tetapi, jaga-jaga, Kera Bekantan di Bako sangat sukakan jajan dan makanan ringan. 

Borneo Highland

Rasai pengalaman ke Kashmir di Sarawak! Lawati Borneo Highland dan alami udara sejuk seperti anda melawat sebuah kampung di Kashmir. Dengan sedikit pendakian anda akan sampai ke sempadan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia ditemani oleh pelbagai jenis bungaan disini. 

Manisan Nyiur Parut

Manisan nyiur parut menjadi suatu produk usahawan desa dalam kalangan masyarakat setempat di bahagian Betong. Keistimewaan menu ini ialah kelapa yang diparut akan dijemur sehingga kering dan diberikan pewarna yang berwarna-warni. Manisan nyiur parut kebiasaan dijual serendah RM1.00 dan rasanya yang lemak dan kurang manis sememangnya sesuai dijadikan manisan atau doorgift.

Suman

Suman (suman payak, suman sotong dan suman hati parik)

Suman merupakan makanan tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat setempat di bahagian Betong terutama di daerah Spaoh, Pusa, Saratok dan Kabong. Suman dihasilkan melalui tepung lemantak yang dicampur dengan makanan laut seperti udang (payak), sotong dan hati ikan parek (ikan pari)