Mengenai Kami

Program Rindok Sarawak diterajui oleh Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan disokong oleh pelbagai agensi, dalam usaha untuk memperkasa dan menegakkan bahasa dan budaya Sarawak.

Dengan tema “Budaya Mengeratkan Bangsa”, program ini mengetengahkan keunikan pelbagai etnik di Sarawak. Program berterusan selama 7 bulan ini berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan bahasa, budaya dan cara hidup rakyat Sarawak, serta mempromosikan kraftangan, permainan, masakan, makanan dan cerita rakyat. Acara kemuncak program ini adalah Karnival Rindok Sarawak yang akan diadakan pada 8 Disember 2018 dan terbuka kepada orang ramai.