Bengkel Penulisan Skrip Bahasa Inggeris

Bengkel Penulisan Skrip dan Drama Bahasa Inggeris yang diadakan pada 28 April 2018 di Kampus Kuching, UNIMAS sebagai salah satu projek Rindok Sarawak yang dikendalikan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UNIMAS. Bengkel yang berlangsung selama sehari ini adalah kolaborasi antara Kementerian Pelajaran, Sains dan Kajian Teknologi Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, dan juga Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS.

Seramai 141 peserta daripada 7 buah sekolah rendah dan 8 sekolah menengah di Zon A, Kuching menyertai bengkel ini. Bengkel ini mempunyai objektif untuk memupuk pengetahuan menulis skrip, berlakon dan teknik produksi sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, tujuan utama bengkel ini adalah sebagai persediaan pelajar bersaing di Pertandingan Drama Inggeris Sarawak yang dijalankan pada 18 dan 19 Julai 2018.

Semasa bengkel ini, pelajar dan guru dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada pensyarah, guru bahasa, pelajar FBK dan FSGK. Banyak aktiviti yang menarik dan seronok dijalankan untuk mendidik pelajar-pelajar ini agar mereka dapat menghasilkan sebuah produksi drama yang mengandungi skrip, jalan cerita dan lakonan yang mantap. Selepas bengkel selama sehari, pelajar ini telah menjalankan drama hasil pembelajaran dihadapan guru-guru mereka.

Melalui program ini, pelajar didapati lebih yakin berbahasa Inggeris dan Rindok Sarawak merancang untuk meneruskan program ini di zon lain pula pada masa yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.